24 October 2010

Cinta...jangan terlalu menyeksa diri.

Cinta........
Indah jika diri ini dicintai atau mencintai seseorang yang kita rasa orang itu pilihan untuk kita....
Indah sangat rasa hidup ini bila cinta ini diterima dengan penuh keikhlasan.......
Indah rasanya bila cinta itu sehingga membina sebuah keluarga yang bahagia...
Indah sangat dan bahagia tidak terhingga bila cinta itu sehingga ke akhir hayat....


Cinta.....
Kecewa jika diri ini tidak merasa cinta yang diharapkan .....
Kecewa bila cinta yang diharapkan tidak diterima...
Kecewa bila cinta itu tidak dapat membina sesuatu yang bahagia.....
Kecewa jika cinta yang diidamkan berakhir dengan kesedihan


Indah..Kecewa...Gembira..Sedih.... orang cakap cinta itu buta....mungkin benar cinta itu buta.....cinta telah membutakan hati sehingga perkara yang  buruk boleh menjadi indah....tapi cinta juga boleh membutakan mata sehingga tidak nampak jalan lain jika cinta yang diharapkan tidak diterima atau ditolak....kecewa tidak terhingga....sampai memikirkan jalan yang terbaik ialah mati....mencederakan diri...


Ini bukannya jalan yang terbaik yang perlu dilakukan untuk melupakan cinta yang ditolak...ini bukan jalan penyelesaian...hanya menambah derita dan menyusahkan diri...INGAT....islam tidak mengajar kita melakukan perkara BODOH....kecewa..sedih...berdoa kepada yang MAHA ESA...ALLAH....cari cinta Allah..cinta Allah cinta abadi......muhasabah diri...jodoh semua telah ditetapkan oleh Allah..jangan melakukan perkara yang orang jahil lakukan...bunuh diri kerana cinta..mencederakan diri kerana cinta....sedarlah wahai sahabat...cinta....jangan terlalu menyeksa diri kerana cinta....


Cintakan bunga..bungakan layu,
Cintakan manusia..manusia kan pergi,
Cintakan nabi...cinta sejati,
Cintakan Allah...kekal abadi..



p/s:sebelum melakukan seseuatu perkara..fikirlah dengan sebaiknya.....

12 October 2010

Rahsia Mata Lelaki....;)



Rahsia Mata Lelaki
 Malam pasangannya siang,
 Jaga pasangannya tidur,
 Rajin pasangannya malas,
 Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, 
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,maka ia ada hubung kait dengan nafsu.

Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.

Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita WAJIB menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah,
kecuali jikakamu wahai lelaki,
ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh,
takut mukanya yangcantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu”.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga… 
Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah ^_^