09 August 2011

Kubur masing-masing?

Assalamualaikum

apa khabar korang semua? puasa hari ni ok ke ? harap2 ok la ye..hehe
aku nak amik masa yang sekejap ni nak berkongsi dengan korang semua pasal kubur masing2?
aku rasa semua pena dengar ayat ni bile kita sedang nasihat atau memperbaiki kesalahan yang dibuat oleh seseorang tu.tapi bila seseorang tu tak mampu menerima dia akan berkata "kau sibuk nape..kubur masing2 kan".apa pendapat korang pasal benda ni?

bagi aku la..memang la kubur masing2 tapi pasti ke mati nanti tak menyusahkan orang lain?
boleh ke da mati nanti..mandi kan diri sendiri..kapankan diri sendiri..korek kubur  sendiri..timbus balik sendiri.
tak logik kan..da mati macam mana nak buat sendiri kan..dah pasti akan menyusahkan orang lain jugak.

manusia memang banyak melakukan kesilapan..tapi bila ada yang bagi nasihat yang baik,,perlu terima dengan baik..pikir baik buruk..kesan nya..jangan cakap kubur masing2 sebab orang yang cakap macam ni, dia pikir dia tak kan susa kan sape2 masa mati nanti,,kita tak tau apa yang kan jadi nanti masa kita mati nanti..lancar ke ..jadi sebelum cakap  atau melakukan sesuatu pikir baik buruk dulu..:)

5 comments:

cik najihah said...

em..
tu lah die manusia..
x penah nye nak time ape yg orang kate..

Cik Bell said...

org ckp camnie mmg xguna akal la..
mmg xmakan saman..haishhh~~

.izzati liyana. said...

manusia yg bodoh sombong macam tu lah. ditegur tak boleh terima. nak jawab takde modal. jawablah kubur masing2. kalau mati tertanam dalam kubur sendiri tu takpe gak.

sakurasue said...

ckp je :ko tahu x ko susakan aku, nabi kate amal ma'aruf nahi munkar!

Ann Ishak said...

buatnya mati sebab kemalangan...badan tu hancur berkecai, lagilah menyusahkan orang nak mencari bagai, manusia macam tu memang tak berfikir sebelum bercakap